SEPULUH TEKNIK BIJAK BELAJAR DI SEKOLAH

Dicatat oleh kurpongtila on 9 Jun 2011

hai semua pembaca, ni la link pertama saya jd saya nak yang terbaik kepada semua pembaca khususnya yg masih bergelar pelajar. Dimanapun anda berada dan setinggi manapun kekuasaan anda,ni adalah tips untuk belajar dengan cara bijak di sekolah.hahahaa... Saya xda dapat huraikan satu persatu teknik ni pada hari ini kerana saya percaya para pembaca pasti memahaminya. Jom kita tinjau cara ini. Adakah anda mengamalkannya??

  1. PASTIKAN ANDA HADIRKAN DIRI DI SEKOLAH DAN DI KELAS.
  2. KE SEKOLAH DALAM KEADAAN SEGAR.
  3. BERIKAN TUMPUAN SEPENUHNYA KETIKA GURU MENGAJAR.
  4. TANYA PADA GURU SEKIRANYA TIDAK FAHAM.
  5. HORMATI GURU DAN WUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN MEREKA.
  6. HORMATI DAN BERKERJASAMA DENGAN KAWAN-KAWAN.
  7. GUNAKAN MASA LAPANG DENGAN BIJAK SEMASA DI SEKOLAH.
  8. CARI KESEMPATAN UNTUK MEMBUAT SEBAHAGIAN KERJA RUMAH DI SEKOLAH.
  9. GUNAKAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN ATAU PUSAT SUMBER DENGAN BIJAK. MANFAATKAN SEPENUHNYA KEMUDAHAN INI.
  10. AKTIF DI SEKOLAH, NAMUN KECEMERLANGAN AKADEMIK DIUTAMAKAN.

Ahahh??amacam?adakah anda sudah mengamalkan 10 teknik belajar di sekolah ini? Jika belum, cuba amalkan dan kepada anda yang sudah mengamalkannya saya percaya anda pasti berjaya. Gud luck kepada semua pembaca atau para pelajar yang membaca link pertama saya ini. Ikuti setiap perkembangan blog saya untuk mendapatkan lebih banyak maklumat penting dalam pelbagai bidang.babai...
More aboutSEPULUH TEKNIK BIJAK BELAJAR DI SEKOLAH

HATI-HATI PILIH KAWAN

Dicatat oleh kurpongtila on 5 Jun 2011

Salam sejahtera semua. Dalam hidup ini adakalanya berlaku peristiwa yang tidak pernah kita duga. Namun walau apapun yang datang, kita harus menerimanya dengan positif. Membaca pengalaman mereka yang disahkan menghidap HIV positif membuatkan saya tersedar betapa hidup ini perlu dihargai. Bagi saya pengalaman dan apa yang dilakukan pada masa remaja akan mempengaruhi dan memberi kesan yang dalam di masa akan datang.
Memang saya akui zaman remaja kini, kita seringkali leka dan tidak terfikir panjang ketika melakukan sesuatu perkara. Malahan pengaruh rakan sebaya sering menghanyutkan kita. Walaupun kita tahu apa yang dilakukan itu tidak baik tetapi jarang yang dapat menembusi kehebatan pengaruh rakan. Nasihat ibu bapa dan ahli keluarga yang lain bagaikan angin yang lalu sahaja. Biar berbuih mulut mak dan ayah tetapi semua masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 
Bila sudah tersesat jauh, susah untuk menemui jalan pulang. Bila tersedar, semuanya sudah terlambat. Waktu amat terhad, diri pula disisih oleh keluarga dan masyarakat. Bukan setakat itu sahaja diri sudah cukup hina dan dianggap sampah masyarakat. Tidak ada sesiapa yang sudi berkongsi sengsara, hidup terkontang-kanting tanpa arah tuju menunggu kematian. Mulalah sebak melanda jiwa, "kenapa melakukan kesilapan di waktu remaja? kalaulah ikut nasihat mak dan ayah pasti bukan begini nasib diri".
Itulah yang dikatakan sesal dahulu sesal kemudian tiada guna. Bagi saya sebagai remaja walaupun kita sering mengagung-agungkan teman, namun kita harus melihat ke arah pembawaannya. Kalau dia lebih menganjak ke arah negatif maknanya dia bukanlah teman sejati. Seorang teman sejati tidak sanggup melihat temannya hancur dan hanyut. Sebaliknya kita harus berfikir di usia remaja mencari teman bukan hanya untuk berseronok sahaja. Ini kerana kesilapan memilih teman akan menyebabkan diri sendiri menanggung risikonya. JADI BERHATI-HATILAH DALAM BERKAWAN.
More aboutHATI-HATI PILIH KAWAN